Bukit Berapit
Pada satu malam yang
hening dan dingin, lebih-kurang 15 jam dan 29 tahun dulu, Pakcik Samad
dan Makcik Salamah dalam perjalanan daripada Ipoh ke Taiping. Masa tu,
highway PLUS masih dalam pembinaan, jadi perjalanan tu kena melalui Sg.
Siput, naik ke Kuala Kangsar dan terus ke Taiping. Korang tahu Bukit
Berapit kat mana? Ingat bas yang crash kat Bukit Gantang, Taiping yang
membunuh 20 orang, yang driver nya ada rekod buruk tu? Itu
dekat Bukit Berapit la tu. Lepas Kuala Kangsar, naik ke Utara ke Pekan
Padang Rengas, dan terus arah ke Taiping - lepas kilang simen yang besar
tu, naik bukit sket - itulah kawasan Bukit Berapit. Jalan KK-Taiping tu
selari dengan PLUS highway. Ikut jalan lama, bak kata orang sekarang.
Pakcik Samad Polis pencen. Dia pencen awal, ada duit simpanan sikit,
beli rumah kat Taiping. Rumah asalnya kat Ipoh - tempat dia bekerja
sebelum dia pencen. Baru beli rumah, jadi masih perlu berulang-alik ke
Taiping untuk settle kan beberapa perkara. Besa la, tengah pindah rumah.
Malam tu dia dan Makcik Salamah bertolak dari Ipoh lambat, lepas
midnight, sebab melayan tetamu yang datang ke rumah. Kawan lama dari Tg.
Rambutan datang bertanya khabar dan kiranya nak say goodbye, kawan dah
nak berpindah jauh. Sure, dulu-dulu aku rasa Taiping dan Ipoh tu jauh,
masa tu takde highway. Kampong aku kat Pokok Sena, dan perjalanan ke
Alor Setar tu tu pun aku masih rasa jauh. Sampai sekarang perasaan
"jauh" tu aku masih rasai. Korang bebudak sekarang mana ada "feeling"
tu. Bapak aku tak pernah ada kereta. Kalau kami nak jalan-jalan, kami
sekeluarga kena naik bas stop-stop. Itu sebab aku rasa jauh.
Lepas bandar Kuala Kangsar, jam dah dekat 2 pagi. Tak banyak kereta di
jalanan, dan cuaca sejuk, mendung macam hari nak hujan, tapi takde pulak
nampak petir atau terdengar guruh. Selepas selekoh hospital Kuala,
belok kanan, Pakcik Samad terus menghalakan keretanya ke arah Taiping.
Selepas kilang simen yang aku cakap tadi tu, jalan terus jadi sunyi,
kengkadang ada sebijik-dua lori berat yang jalan perlahan, dan dia kena
la potong. Berhampiran kawasan berbukit, bila sampai kawasan Bukit
Berapit, tiba-tiba kereta Pakcik Samad macam tersenguk-sengguk. Takde
berasap, atau apa-apa ke... cuma macam habis minyak gitu. Tapi, Pak
Samad confident dia ada cukup minyak. Baru isi minyak siang sebelum tu.
Dia pun perlahan-lahan drive keretanya ke bahu jalan, dan terus
berhenti. Enjin kereta tu terus mati dan Pakcik Samad terus tarik
hand-break, sebab jalan tu kawasan lereng bukit, kereta tu akan
menggelongsor turun kalau tak parking betul-betul. Dia dan Makcik
Salamah saling berpandangan, dan makcik tu bertanya, "apa hal bang?".
"Entah lah, abang pun tak tahu. Minyak cukup, tapi apekehenye kereta ni
buat hal?", kata Pakcik Samad.
Tiada satu kereta pun ada di
jalan raya waktu tu, jam dah dekat 3 pagi. Pakcik Samad teragak-agak nak
keluar kereta tengok enjin, sebab dia tahu, dia memang tak pernah
pandai apa-apa hal pasal kereta. Nak isi minyak hitam pun dia selalunya
hantar woksyop aje. Dia sembang kosong beberapa minit dengan Makcik
Salamah, mengharapkan kalau ada kereta atau lori lalu, tapi dekat
setengah jam, apa pun tarak. Akhirnya, dia cakap kat Makcik Salamah,
"baik abang pegi ke pekan Padang Rengas. Tak apalah, abang jalan kaki
aje. Salamah tunggu aje dalam kereta, nanti kereta kita dilarikan orang
pulak, kalau kita dua-dua sama pegi sana". Makcik Slamah terus kecut
perut nak ditinggalkan sengsorang, tapi pakcik Samad berjaya memujuknya,
dan seterusnya dia pun memulakan perjalanan menapak patah balik arah ke
belakang. Nak cari kalau ada orang boleh bantu. Dia rasa dia ada kenal
seorang pegawai polis kat balai Pdg. Rengas.
Makcik Salamah
periksa balik yang kempat-empat pintu kereta tu berkunci, dan dia cuba
untuk melelapkan mata. Dalam hati, makcik tu sememangnya takut duduk
sorang-sorang dalam kereta, kat tepi bahu jalan, kat atas bukit pulak
tu. Dia cuba baca ayat-ayat Quran dan selawat, kasi hatinya tenang.
Tengok keluar sekeliling kereta tak nampak apa-apa, gelap-gelita.
Lebih-kurang dalam setengah jam, kesepian dan kesunyian disekelilingnya
tiba-tiba terganggu dengan bunyi yang mengejutkannya. Tengah dia
mengelamun, separuh sedar separuh tidor, tiba-tiba...
Duummm!
Ada benda jatuh atas bumbung kereta tu dengan hentaman yang kuat. Dalam
tersentak tu, Makcik Salamah dengan jantung yang berdebar-debar,
terkejut sungguh dengan dentuman tu, cuba menarik nafas
perlahan-lahan... dan selang beberapa minit kemudian, dia macam
terdengar macam ada makhluk lain yang melompat dan landing atas bumbung
kereta tu. Dia mendengar ada macam bunyi benda tersiat macam orang
mencarik kain, di atas bumbung kereta. Dan lepas tu, ada bunyi mendengus
macam binatang liar. Ada bunyi macam anjing tengah makan dengan lahap,
cuma bunyi itu lebih kuat dan lebih liar daripada seekor anjing, seakan
bunyi binatang yang lebih ganas, lebih hebat lagi daripada seekor
anjing. Yang dia teringat macam bunyi singa tengah makan dan
mengoyak-ngoyak badan rusa. Macam cerita rencana pasal alam semulajadi
kat TV hitam-putih masa dulu-dulu. Gggrrreeeuuughhh!!!!
Arrrghhhheeuughhggrrrhhh!!! Bunyi semacam seekor binatang liar yang
lapar yang tengah mencarik-carik daging binatang yang berjaya diburunya.
Dalam kegelapan itu, Makcik Salamah hanya dapat mendengar, tetapi tidak
dapat melihat langsung apa yang berlaku.
Perkara ni berlaku
dalam 10 hingga 15 minit, tapi yang Makcik Salamah hairan, kenapa dia di
dalam kereta tidak diganggu sedikit pun. Dalam ketakutannya itu, dia
mempelosokkan dirinya ke bawah daripada kerusi penumpang tempat
duduknya, kerana terlalu takut. Merengkok dia kat bawah tu menggigil,
terasa nak terkencing-kencing. Tiba-tiba dia terdengar macam binatang tu
berhenti dari makan, dan seterusnya melompat turun, dan terus bergerak
menjauhi kereta. Tak lama kemudian, keadaan sekeliling kembali sunyi,
dan tiada bunyi apa-apa pun kedengaran. Makcik Salamah yang ketakutan,
kembali dapat bernafas lega, dan cuba untuk melihat keluar kereta,
tetapi dengan kegelapan tanpa apa-apa lampu, tiada apa yang dapat
dilihat.
Selang 5 minit kemudian, Makcik Salamah tiba-tiba
nampak cahaya lampu kereta datang menghampirinya dari jauh, memanjat
bukit dari bawah, ke arah di mana kereta itu berhenti. Semakin hampir,
dia melihat lampu itu bertambah terang dan besar, dan apabila lalu di
sebelah kereta, baru dia menyedari bahawa ianya lampu daripada sebuah
lori. Lori membawa tentera. Di Taiping memang ada beberapa kem tentera
dan renjer, kalau tak silap. Hendak dia keluar dari kereta untuk menahan
lori itu, tetapi belum sempat dia berbuat apa-apa, lori itu sendiri
berhenti secara mendadak, seperti pemandunya menekan emergency-break.
Berhenti betul-betul di tengah jalanraya, dan beberapa orang lelaki
melompat turun, masing-masing beruniform askar.
"Assalamualaikum... elo, elo... ada sesiapa di dalam?", kata salah
seorang tentera tersebut, sambil menghalakan lampu suluh ke arah kereta
Makcik Salamah. Makcik Salamah cepat-cepat menjawab ada, dia ada di
dalam katanya, dan terus dia bergegas mahu keluar. "Makcik... jangan
bergerak. Tunggu sebentar", balas lelaki tersebut. "Kami ada di sini,
makcik jangan takut. Mintak tolong makcik keluar dari kereta
perlahan-lahan, lepas tu bergerak ke depan ke arah kami. Mintak tolong
makcik jangan tengok belakang". Itu arahan tentera tersebut.
Makcik Salamah yang masih dalam ketakutan, sekarang berasa bertambah
lega sedikit, dan dia pun membuka pintu keretanya, dan dalam samar-samar
lampu belakang lori yang merah, terus bergerak ke arah ke hadapan,
menghala di mana tentera-tentera tersebut berdiri. Apabila dia menapak
dalam beberapa langkah ke hadapan, dia perasan ada lampu kereta yang
terang datang dari belakang dengan laju, sama arah dengan lori tadi. Dia
pun terfikir, nanti lori tentera tu kena langgar kereta tu la pulak.
Dia pun menoleh ke arah kereta yang datang, dan dengan cahaya lampu
kereta itu, dia ternampak satu lembaga di atas keretanya sendiri,
terbaring dengan perut terburai - usus perut bersepah, dengan darah
segar hitam yang mengalir dan berlopak di seluruh bumbung dan cermin
kereta, dengan tangan dan kaki seorang manusia yang herut-merut
terbongkang luas, dalam keadaan yang sangat mengerikan. Sebentar
kemudian, Makcik Salamah menjerit sekuat hati, terus jatuh terduduk....
meraung mendayu.
Aaaaaaaaaaaaahhhhhh!!!
Kat atas bumbung kereta tu, Pakcik Samad terlentang, terburai kaku.

No comments:
Post a Comment