Hantu raya
Sumber : http://ronasraff.blogspot.com/2012/12/hantu-raya.html
Hantu Raya dianggap sebagai 'ketua segala gerombolan alam ghaib,'
sejenis roh penting yang kuat dengan asal-usul daripada
kepercayaan-kepercayaan animistik awal Melayu. Oleh itu ia berkaitan
rapat dengan Hantu Laut, Hantu Hutan, Hantu Tanah dan Hantu Pemburu.
Sesuai dengan namanya, Hantu Raya digambarkan sebagai sangat besar dalam
saiz dan ketinggian. Buku The Bomon and The Hantu menceritakan kisah-kisah
penemuan Hantu Raya dengan memberi gambaran yang ia mempunyai tubuh dan
badan yang merah umpama api. Hantu Raya sangat tersinggung dengan
manusia berlagak yang dakwa mereka boleh melawan apa-apajenis hantu
sekalipun, ataupun dengan manusia skeptik yang menolak
kepercayaan-kepercayaan ghaib: kemunculan tiba-tiba Hantu Raya yang
besar ini akan memberikan klimaks yang seram tapi lucu kepada sesiapa
yang bertanya: "Mana ada hantu?"
Walaupun dengan status gelaran
yang tinggi di kalangan hantu- hantu, Hantu Raya boleh dibela dan
dikawal oleh seorang tuan, yang akan mendapat kuasa-kuasa hebat. Sama
seperti benda-benda kuat yang lain, Hantu Raya selalunya dibela untuk
melindungi harta- benda. Sesiapa yang ada hati untuk mengganggu atau
mengambil apa-apa dari rumah ataupun tanah memang sengaja cari pasal.
Mereka ini akanjatuh sakit ataupun akan menjerit kesakitan sekuat hati
seolah-olah ada sesuatu yang sedang menggigit mereka dari dalam tubuh.
Kesakitan ini akan berlanjutan sehinggalah mereka memulangkan semula apa
yang telah diambil, ataupun pergi meminta ampun kepada tuan punya
hantu.
Hantu Raya sangat cemerlang kerana ia boleh menjelma
dalam pelbagai bentuk dan rupa, kadang-kadang menjelma dalam bentuk
sebenamya, tapi selalunya ia akan menyerupai tuannya. Peliknya bila
setiap kali ia menjelma sebagai tuannya, ia akan kekal membisu bila
ditanya, dan juga ia akan cepat menghilangkan diri.
Juga
dipercayai yang jika tuannya meninggal dunia, balunya tidak akan dapat
berkahwin lagi. Jika dia berkahwin pun, perkahwinan itu tidak akan kekal
lama kerana sering diganggu oleh hantu ini. Menurut cerita-cerita
rakyat, Hantu Raya.akan menjelma sebagai arwah tuannya dan akan pulang
ke rumah, dan pada waktu malam akan tidur bersama balu tuannya itu.
Beberapa ketika sebelum subuh ia akan menghilangkan diri. Ini dikatakan
berlaku setiap malam. Balu itu selalunya akan ketakutan pada mulanya,
tapi perlahan-perlahan ketakutannya akan hilang dan akhimya dia akan
melayan hantu belaan arwah suaminya itu sepertimana dia telah melayan
suaminya.
Akan timbul masalah jika selepas kematian tuannya,
tiada siapa yang mengambilalih pemilikan Hantu Raya ini. .Ia akan
membuat kacau-bilau dan mengganggu sesiapa yang ia jumpa. Ia akan kekal
menjadi pengacau sehinggalah sesiapa mahu menjadi tuan barunya. Hantu
Raya harus diberi jamuan sekali setiap setahun. Upacara ini dikenali
sebagai 'berjamu.' Antara jamuan-jamuan yang selalu diberikan ialah
pulut kuning, telur dan ayam panggang.
No comments:
Post a Comment